Putra Albert II menepis idea bahawa Kylian Mbappe akan meninggalkan AS Monaco, sebaliknya bercakap mengenai pembaharuan kontrak dengan penyandang juara Ligue 1 itu.
Mbappe menjadi aset hangat selepas meledak 26 gol dalam semua pertandingan dengan mengatasi Paris Saint-Germain (PSG) di Perancis selain mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL), musim lalu.
Penyerang berusia 18 tahun itu dikaitkan dengan juara Sepanyol dan UCL, Real Madrid, serta Arsenal, Manchester United dan Barcelona.
Namun, Putera Albert II menolak cadangan tonggak Perancis itu akan ke Madrid.
"Saya tidak fikir (dia akan pergi)," kata Putera Albert II kepada L'Equipe.
"Kami sedang mengadakan rundingan yang membuatkan saya fikir dia akan kekal di Monaco musim depan.
"Perbincangan itu berkaitan dengan gaji. Tetapi, saya berasakan dia akan faham, begitu juga bapanya di mana dia belum terlintas untuk menyertai kelab gergasi yang gagal menjamin tempatnya dalam kesebelasan utama.
"Biar Zinedine Zidane sekalipun mengatakan dia akan beraksi secara kerap di Real Madrid."
Beliau turut menolak cadangan mengenai tawaran daripada PSG.