Luka Modric mengakui dia bakal menghadapi "musuh berkelas dunia" ketika berdepan Christian Eriksen malam ini, namun menegaskan sudah tiba masanya generasi emas Croatia membuktikan kualiti mereka.
Skuad bimbingan Zlatko Dalic itu akan kembali ke Nizhny Novgorod, venue mereka membelasah Argentina 3-0 di peringkat kumpulan Piala Dunia 2018 sempena pertembungan pusingan 16 menentang Denmark yang belum tewas dalam 18 perlawanan rasmi.
Perlawanan itu dilihat menjurus kepada pertembungan di antara Modric dan Eriksen -- tonggak penting di bahagian tengah pasukan masing-masing dalam temasya Russia 2018.
Modric, bagaimanapun, melihat gambaran yang lebih besar untuk Croatia dengan menegaskan kini adalah masa terbaik untuk mereka menyamai rekod edisi 1998 menerusi kemaraan ke suku akhir dan seterusnya.
"Eriksen merupakan pemain bertaraf dunia. Dia menikmati musim yang hebat di Tottenham dan saya yakin dia merupakan pemain terbaik mereka. Dia pemain paling penting buat Denmark," katanya dalam sidang media.
"Saya fikir kerjasama sepasukan akan menjadi penentu perlawanan, tiada individu yang mampu melakukannya bersendirian. Secara individu, pemain boleh menentukan situasi tertentu tetapi apa yang penting adalah bagaimana kita melakukannya sebagai sebuah pasukan di atas padang.
"Ini satu perlawanan penting buat kami, kami telah tampil dengan hebat di peringkat kumpulan dan kami semestinya berbangga dengannya, begitupun ini adalah permainan yang baru dan ini bermakna kami harus melupakan apa yang telah berlaku.
"Sudah tiba masanya bagi generasi ini untuk mengatasi halangan ini yang belum dicapai sejak 1998. Saya menjangkakan kami mampu melakukannya. Kami bersatu padu, kami bermain sebagai sebuah pasukan. Jika kami berbuat demikian, saya harap kami sudah bersedia."
Denmark memiliki rekod cemerlang apabila sekadar melepaskan satu gol sepanjang 2018, iaitu penalti Mile Jedinak ketika seri 1-1 dalam aksi Kumpulan D dengan Australia.
Begitupun, Modric memberi amaran ia bukan tindakan bijak untuk merendahkan ancaman serangan skuad kendalian Age Hareide itu.
"Kami sudah menyatakan mengenai statistik mereka, satu gol sahaja dibolosi sepanjang 2018 dan rekod belum pernah tewas membuktikan kekebalan pertahanan mereka dan betapa kentalnya mereka," katanya. "Kami perlu memperagakan aksi terbaik untuk menembusi mereka.
"Saya amat menghormati mereka, mereka sangat mantap di bahagian pertahanan, malah mempunyai pemain individu yang sangat baik. (Pione) Sisto, Eriksen di barisan hadapan... pertahanan adalah nadi mereka tetapi ancaman mereka juga berbahaya."