Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia: Ping pong kebangsaan tunggu lampu hijau

Sukan Asia, ping pong

Ketua jurulatih ping pong negara, Beh Lee Wei, mendedahkan bahawa skuad kebangsaan masih menunggu lampu hijau untuk beraksi dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya.

Mengakui perkara itu masih lagi dalam pertimbangan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), keputusan ini penting apabila beberapa siri kejohanan menjadi sasaran skuad negara untuk menaikkan ranking dunia dan serta meraih mata kelayakan Sukan Olimpik.

Advertisement

"Kami harap dapat pergi. Kami masih menunggu keputusan daripada MOM.

"Kami akan cuba dapatkan pingat tapi untuk pasukan, kami memang patut pergi kerana ranking amat penting, contohnya Singapura yang banyak menyertai kejohanan," katanya.

Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) juga mengumumkan Majlis Sukan Negara (MSN) telah meluluskan program pelapis di bawah badan induk itu setelah sekian lama menunggu.

Ia merupakan langkah kanan untuk mencungkil lebih ramai bakat berpotensi supaya dapat mewujudkan barisan pelapis berkualiti.

"Dengan adanya skuad pelapis yang baru ini, kami berharap untuk membuat perancangan yang lebih terperinci," katanya. 
 

Must Watch Video