Bekas pemain perseorangan negara, Hafiz Hashim, yang kini berpangkalan di Arab Saudi berkongsi pengalamannya berada di rantau yang sedang bergolak itu.
Hafiz menjelaskan keadaan semasa di Riyadh, Arab Saudi, sebagai tenang dan terkawal ketika situasi gawat berlaku, namun dia ketika itu berada lokasi berlainan.
Advertisement
"Saya kini berada di Dammam yang membabitkan lima jam perjalanan dari Riyadh.
"Setakat ini belum ada siren amaran dan langkah keselamatan di sini. Alhamdulillah keadaan di sini masih selamat," katanya.
Hafiz turut melahirkan rasa syukur atas kejayaan skuad remaja Arab Saudi yang meraih dua gelaran dalam Kejohanan Remaja Antarabangsa Uganda.
Kemenangan dalam kategori perseorangan lelaki dan beregu campuran itu disifatkan sebagai perkembangan positif buat badminton negara tersebut.
"Arab Saudi kini mempunyai dua pemain potensi di peringkat remaja.
"Mereka perlu bekerja keras dan program yang betul, mereka berkemampuan untuk muncul (di peta badminton dunia) pada masa akan datang," katanya.