Skip to main content

Bola Sepak

Modric jangka Ronaldo kekal di Real Madrid

ronaldo_1.jpg
Luka Modric menjangkakan Cristiano Ronaldo akan terus berada di Real Madrid di sebalik laporan meluas yang mengaitkannya dengan perpindahan ke Juventus.

Pemain berusia 33 tahun itu dijangka menyertai juara Serie A berkenaan dengan nilai €100 juta (RM474.8j) dengan ejennya, Jorge Mendes, mencadangkan bahawa Ronaldo sedia meninggalkan ibu kota Sepanyol itu dalam usaha mencari cabaran baru.

Modric berharap pemenang lima kali Ballon d'Or itu akan kekal bersama juara Eropah berkenaan untuk musim ke-10 serta mengakui sukar membayangkan Ronaldo memperkuatkan pasukan lain.

"Dia akan kekal," kata Modric seperti yang dipetik oleh AS.

"Itulah pendapat saya, ia akan menjadi berita yang sangat menarik jika dia kekal kerana saya tidak dapat membayangkannya mewakili kelab Eropah yang lain."

Harga saham Juventus melonjak di celah-celah laporan Ronaldo sehingga mendorong kelab tersebut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang "menilai beberapa peluang" dalam pasaran perpindahan.

Perpindahan Ronaldo dilaporkan akan mendorong Madrid untuk memburu salah seorang bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe atau Neymar.

Advertisement

Must Watch Video