Skip to main content

Bola Sepak

Mkhitaryan alami kecederaan lutut

mkhitaryan_1.jpg
Henrikh Mkhitaryan akan terlepas aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Southampton, Ahad ini, selepas mengalami kecederaan lutut ketika melakar kemenangan 4-1 ke atas CSKA Moscow dalam aksi suku akhir pertama Liga Europa (UEL).

David Ospina pula terpaksa berehat selama tiga minggu kerana kecederaan buku lali.

Arsenal selangkah untuk ke pusingan separuh akhir ketika mencatat kemenangan ke atas wakil Russia itu di Stadium Emirates awal pagi tadi, dengan Aaron Ramsey dan Alexandre Lacazette masing-masing menjaringkan dua gol.

Bagaimanapun, The Gunners dihimpit dengan kecederaan Mkhitaryan ketika perlawanan melewati minit ke-60, dan pengurus, Arsene Wenger, menjangkakan pemain itu terpaksa direhatkan untuk aksi berdepan Southampton.

"Mkhitaryan mengalami kecederaan lutut," kata Wenger.

"Kami tidak mengetahui berapa lama dia perlu direhatkan. Mkhitaryan perlu direhatkan untuk aksi Ahad ini."

Ospina dijangkan turun beraksi ketika berdepan CSK, tetapi diketepikan kerana mengalami kecederaan semalam.

"Dia telah melakukan pergerakan yang memaksa buku lalinya terseliuh.

"Ospina terpaksa direhatkan dua atau tiga minggu."

Advertisement

Must Watch Video