MISC-MIFA semakin mendapat perhatian selepas mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan Liga Perdana dengan yang terbaru menundukkan Terengganu FC II (TFCII) 1-0 di Stadium MBPJ, semalam.
Bekas jurulatih Selangor dan Felda, K. Devan, nyata masih mempunyai sentuhan berbisa apabila berjaya membawa MISC-MIFA sebagai sebuah pasukan yang liat untuk ditewaskan.
Pasukan itu jelas menggunakan sepenuhnya kombinasi tiga pemain import, Kpah Sherman, L´Imam Seydi dan Bae Beom-geun selain kekuatan fizikal pemain tempatan.
Menurut Devan, tiga mata dipungut ke atas TFC II cukup sukar selepas pemainnya berhempas-pulas menangani asakan bertali-arus lawan.
"Kami telah menyusun pasukan untuk bertahan dengan kemas dan objektif kami tercapai malam ini (semalam). Saya melihat pemain menunjukkan komitmen dan disiplin taktikal yang baik.
"Bagi saya, ia satu kemenangan yang berharga kerana ia sukar untuk diperoleh," kata Devan.
Malang pula berterusan buat TFC apabila terus kemarau kemenangan walaupun berjaya mempamer penguasaan bola lebih baik.
Jurulatihnya, Mustafa Kamal Abdul Wahab, masih belum mahu panik terhadap keputusan dalam tiga perlawanan ini.
"Secara keseluruhan, kami masih boleh menguasai perlawanan. Kami mempunyai peluang tetapi ia tidak boleh ditukar kepada gol. Jadi, kami akan perbaiki kelemahan itu dalam tempoh dua minggu ini," kata Mustafa.
Dalam perlawanan itu, gol sendiri Sebastien Thuriere pada minit kelapan sudah cukup buat MISC-MIFA meraikan kemenangan tipis 1-0.