Napoli melengkapkan perpindahan pertahanan, Hrvoje Milic, secara percuma sehingga akhir musim ini selepas dilepaskan oleh Olympiacos bulan lalu.
Pemain antarabangsa Croatia itu pernah mewakili Fiorentina sebelum berpindah ke Greece pada Julai lalu dalam kesepakatan yang dilaporkan bernilai €1.5 juta (RM7.2j).
Begitupun, Milic bergelut di Olympiacos dan selepas hanya muncul dalam empat penampilan, kontraknya ditamatkan pada akhir bulan lalu.
Pemain berusia 28 tahun itu menyertai Napoli sebagai pengganti kepada bek kiri yang tercedera lutut, Faouzi Ghoulam, sejak 1 November lalu dan hanya dijangka kembali berlatih pada pertengahan bulan depan.
Pada masa ini, Milic akan bersaing dengan Mario Rui untuk posisi berkenaan biarpun Napoli masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi.