Kelab Serie A, Fiorentina, melengkapkan perpindahan pemain pertahanan Serbia, Nikola Milenkovic, dari Partizan Belgrade, semalam.
Pemain berusia 19 tahun itu menandatangani kontrak selama lima tahun bersama skuad Viola, yang menamatkan musim 2016/17.
Selepas menamatkan musim lalu di tangga kelapan liga, Fiorentina telah melantik bekas pengendali Inter Milan, Stefano Pioli, selaku pengurus baru bagi menghadapi saingan 2017/18.
Milenkovic yang kini bersama skuad bawah 21 tahun Serbia sedang dalam persiapan bagi menghadapi Kejohanan Eropah B-21 yang bermula semalam.
Pengurus Partizan, Milos Vazura, sebelum ini mendedahkan perjanjian telah dimeterai di antara pihak Partizan dan juga Fiorentina dalam satu perpindahan bernilai EUR5 juta.
Selain itu, Fiorentina juga berjaya mendapatkan khidmat pertahanan tengah Brazil, Vitor Hugo, dengan nilai EUR8 juta dari Palmeiras.