Skip to main content

Bola Sepak

Milan telah pamer aksi terbaik -- Gattuso

5218ac-milan.jpg
Gennaro Gattuso berasakan AC Milan telah mempamerkan salah satu persembahan terbaik di bawah kendaliannya walaupun terpaksa beraksi dengan 10 pemain dan hanya meraih satu mata ketika bertemu Udinese, semalam.

The Rossoneri mendahului perlawanan menerusi percubaan jarak jauh Suso pada minit kesembilan sebelum Davide Calabria dibuang pada ketika perlawanan berbaki 22 minit.

Udinese menggunakan peluang dengan sebaik mungkin pada minit ke-76, dengan hantaran silang Kevin Lasagna menjadi gol selepas Gianluigi Donnarumma menjaringkan gol sendiri. 

Skuad kendalian Gattuso kekal tidak tewas dalam tujuh perlawanan setakat ini, satu rekod yang bermula apabila menewaskan Inter dalam saingan Coppa Italia.

Dan persembahan yang dipamerkan oleh Milan merupakan sesuatu perkara yang membanggakan beliau.

"Kami kecewa kerana sekadar mencipta keputusan seri. Kami telah mempamerkan persembahan terbaik. Kami membuktikan Milan memiliki keinginan untuk mencipta kemenangan.

"Saya gembira dengan tindak balas pasukan. 

"Saya berpuas hati dengan persembahan kami walaupun tidak menang," ujarnya.
 

Advertisement

Must Watch Video