AC Milan memuktamadkan perjanjian mengikat penjaga gol veteran, Marco Storari, dari Cagliari sehingga penghujung musim ini.
Perjanjian itu menyaksikan penjaga gol Brazil, Gabriel, dihantar ke Cagliari untuk baki aksi musim ini selepas melanjutkan kontraknya bersama Rossoneri sehingga 2019.
Storari, 40, pernah mewakili Milan di antara Januari 2007 dan Jun 2010 dengan membuat 13 penampilan di dalam semua pertandingan.
Dia kemudian meninggalkan Milan lalu berhijrah ke Juventus di mana dia bertindak sebagai pengganti kepada Gianluigi Buffon sebelum bergabung dengan Cagliari pada 2015.
Storari membantu Cagliari kembali ke kancah Serie A musim 2015-16 dan kekal menjadi tonggak penting dalam saingan awal musim ini sebelum jarang diturunkan pada penghujung tahun 2016.
Storari akan menjadi penjaga gol nombor dua di San Siro memandangkan pemain berusia 17 tahun, Gianluigi Donnarumma, kekal sebagai pilihan utama.