Gennaro Gattuso berkeyakinan AC Milan akan bangkit daripada kekalahan dalam aksi 'derby' di tangan Inter Milan dengan menewaskan Sampdoria, awal pagi esok.
Milan tidak pernah tewas dalam 10 perlawanan sebelum aksi berdepan pasukan musuh setempat itu, namun gagal menewaskan Inter yang pincang tanpa bekas kapten, Mauro Icardi.
Rossoneri tewas 2-3 dalam perlawanan terakhir sebelum waktu rehat antarabangsa itu dengan gagal memanfaatkan pelbagai peluang terhidang menuju minit-minit terakhir perlawanan.
Kekalahan itu memberikan kesan mendalam buat skuad kendalian Gattuso itu, namun mereka masih kekal dalam kelompok empat pasukan teratas Serie A menjelang pertemuan dengan Sampdoria.
"Berdasarkan sejarah, Milan perlu bangkit," katanya dalam sidang media.
"Empat bulan lalu juga, kami memaparkan aksi terburuk ketika menentang Real Betis.
"Kami perlu menyalahkan diri sendiri.
"Ia sama seperti ketika kami tewas kepada Arsenal tahun lalu.
"Sebab itulah saya kerap mengulangi ceramah yang sama.
"Bagi kami, kekalahan aksi 'derby' itu amat memalukan, namun kami pelu menandang ke depan.
"Kejohanan kami adalah untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah dan buat masa ini, kami sedang memenanginya.
"Kami mempunyai kewajipan yang perlu dilaksanakan.
"Perlawanan 'derby' itu sudah berakhir dan ia mungkin dapat ditamatkan dengan 3-3.
"Bayangkan jika (Samu) Castillejo atau (Patrick) Cutrone menyempurnakan peluang yang mereka miliki, kita mungkin akan memiliki perbincangan yang berbeza hari ini.
"Sabtu ini (awal pagi esok), saya mahu menyaksikan AC Milan yang dulu dan tidak mudah dibolosi.
"Kami perlu menjadi skuad yang sama seperti beberapa bulan lalu, pasukan yang mampu menghadapi apa jua lawan," katanya.
Melupakan kekalahan kepada Inter juga bermakna mereka perlu melupakan pergaduhan di bangku pemain melibatkan Franck Kessie dan Lucas Biglia, yang telah memohon maaf selepas tamat perlawanan.
Gattuso berkata: "Saya sudah bercakap dengan Franck. Saya tidak menyimpan sebarang dendam dan setiap pemain tahu bagaimana dia menyayangi pasukan ini.
"Namun, saya berasakan kami perlu menghormati pasukan ini.
"Saya amat kecewa, saya sudah menjelaskannya kepada mereka berdua.
"Tetapi sebagai seorang pemain bola sepak, saya juga pernah melakukan kesilapan sama seperti dengan Joe Jordan (dalam pergaduhan yang turut melibatkan jurulatih Tottenham) dan saya sentiasa perlu membayarnya dengan bertanggungjawab dengan tindakan yang telah saya lakukan.
"Saya tidak marahkan Franck. Ia hanya membuatkan saya kecewa, namun ia sudah berakhir," katanya.