Skip to main content

Bola Sepak

Milan masih dalam rundingan dapatkan Deulofeu

ac-milan-still-negotiating-over-deulofeu.jpg

Ketua Pegawai Eksekutif AC Milan, Adriano Galliani, mengesahkan bahawa kelab itu masih dalam perbincangan dengan Everton bagi mendapatkan khidmat Gerard Deulofeu.

Kelab Serie A itu memuat naik tweet pada Jumaat mengatakan mereka telah berjaya mendapatkan pemain itu sebelum memadamnya ekoran timbul laporan bahawa Everton masih belum melepaskan bekas pemain Barcelona itu.

Galliani mengesahkan perbincangan sedang berlangsung, namun tidak menjelaskan sama ada sebarang persetujuan mampu dicapai.

"Saya tidak mempunyai kuasa untuk membincangkan soal perpindahan Deulofeu ketika ini," dia memberitahu Mediaset Premium.

Ditanya sama ada pengurusan kelab itu yakin dalam membawa Deulofeu ke Serie A, Galliani menjawab: "Apa yang saya boleh katakan ketika ini hanyalah kami masih dalam proses rundingan."

Pengendali Everton, Ronald Koeman, minggu ini berkata dia tidak akan menghalang Deulofeu untuk berhijrah kerana dia mahu pemain berusia 22 tahun itu meraih pengalaman berharga di Eropah.

Advertisement

Must Watch Video