Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Milan kembali cabar kejuaraan selepas tundukkan sembilan pemain Roma

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

olivier-giroud.jpg
AC MILAN 3 AS ROMA 1

AC Milan kini hanya dibezakan satu mata dengan kedudukan teratas Serie A selepas meraih kemenangan 3-1 ke atas pasukan bimbingan Jose Mourinho, AS Roma -- yang terpaksa beraksi dengan sembilan pemain dalam babak kedua -- di San Siro awal pagi tadi.

Gol penalti Olivier Giroud dan jaringan Junior Messias meletakkan tuan rumah di depan dalam babak pertama sebelum Tammy Abraham kembali merapatkan jurang buat Roma.

Selepas deretan aksi menyelamat yang perlu dilakukan penjaga gol, Mike Maignan, untuk mengekalkan kelebihan buat Milan, Rick Karsdorp diarahkan keluar padang selepas mengumpulkan dua kad kuning.

Rafael Leao kemudian menjaringkan gol ketiga Milan pada lewat permainan tetapi Zlatan Ibrahimovic terlepas peluang menjaringkan sepakan penalti dalam waktu kecederaan susulan satu lagi kad merah yang dilayangkan buat Gianluca Mancini.

Disebalik jangkitan COVID-19 yang kian berleluasa dalam Serie A, Milan tetap akan bertandang ke laman Venezia hujung minggu ini manakala Roma pula akan menghadapi satu lagi tugas mencabar menentang Juventus di Stadio Olimpico sehari kemudian.
 

Advertisement

Must Watch Video