Mikel Arteta mungkin menikmati kemenangan tipis Arsenal di Crystal Palace tetapi percaya pengadil mungkin perlu menggunakan jam randik bagi mengatasi ketidaktekalan dalam soal peraturan membuang masa selepas Takehiro Tomiyasu dipalit hukuman itu.
The Gunners menang 1-0 dalam pertemuan di selatan London itu awal pagi tadi apabila sepakan penalti Martin Odegaard dalam separuh masa kedua menjadi pemisah kedua-dua pasukan.
Pertahanan Jepun, Tomiyasu, dilayangkan kad merah di Selhurst Park,berikutan mengutip kad kuning kedua akibat mengasari Jordan Ayew -- hanya tujuh minit selepas diberi amaran kerana dianggap membuang masa ketika melakukan lontaran ke dalam.
Antara perubahan lain musim ini turut merangkumi isu pembaziran masa permainan tetapi Arteta percaya Tomiyasu sepatutnya tidak dihukum.
Ditanya mengenai peraturan baru yang diperkenalkan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, pengurus berbangsa Sepanyol itu menjawab: “Bagi saya ia bukan satu isu cuma keputusannya bergantung kepada pengadil.
? One-nil, to The Arsenal ? pic.twitter.com/pnuBEwMxgj
— Arsenal (@Arsenal) August 21, 2023
“Dan kami berpegang teguh terhadapnya. Ia sudah pun dijelaskan. Satu-satunya perkara yang kami tuntut ialah ketekalan. Jika tidak, kami perlu beraksi menggunakan jam jarak demi mengukur jarak masa."
Malah, Arteta membantah apabila diberitahu Tomiyasu telah mengambil masa selama 23 saat hanya untuk melakukan lontaran ke dalam itu sebelum diberi amaran dengan berkata: “Tidak. Saya fikir ia hanya membabitkan lapan saat. Jadi kita mungkin perlu menggunakan jam randik.
"Ini adalah satu piawaian."