Pengendali Torino, Sinisa Mihajlovic mendedahkan dia telah menolak tawaran lumayan daripada kelab dalam Liga Super China kerana mahu kekal dalam Serie A.
Torino -- yang kini menduduki tangga ketiga Serie A -- telah menampakkan kemajuan sejak pelantikan Mihajlovic pada Mei, namun dia menolak tawaran tersebut meskipun bayaran ditawarkan membuatkan dirinya tidak mampu tidur lena.
Bagaimanapun, dia menegaskan bahawa dia tidak akan mengkritik pemain seperti Oscar, Carlos Tevez dan Axel Wisel yang memilih ke China demi mengejar gaji besar.
"Saya menerima tawaran tersebut Disember lalu tetapi saya menolak ekoran saya tidak suka meninggalkan kerja saya -- bersama Torino -- separuh jalan.
"Sejujurnya, saya tidak dapat tidur lena memikirkan tawaran yang mereka kemukakan. Tetapi ini adalah keputusan saya.
"Kamu tetap perlu menghormati pemain yagn berhijrah ke sana demi wang. Karier seorang pemain bola sepak tidak kekal lama jika dibandingkan dengan tugas seorang jurulatih.
"Di China, kamu mampu mengutip lima hingga enam kali lebih banyak berbanding daripada apa yang kamu peroleh di Eropah dan China tidak menandatangani pemain yang sudah berada di penghujung karier sepertimana yang mereka lakukan di Qatar dan Amerika Syarikat."