Sinisa Mihajlovic menegaskan penjaga gol, Gianluigi Donnarumma, perlu kekal dan memperkembangkan kualitinya bersama AC Milan.
Donnarumma telah mencetus kemarahan penyokong Milan selepas mendedahkan dia enggan memperbaharui kontrak yang bakal tamat pada 2018.
Penjaga gol berusia 18 tahun itu telah dihujani duit palsu ketika beraksi untuk Itali dalam saingan Euro Bawah 21 tahun ketika berdepan Denmark, Ahad lalu.
Mihajlovic yang kini merupakan pengendali Torino memberikan penampilan pertama Donnarumma dalam saingan Serie A pada 2015 dan percaya penjaga gol itu harus kekal di Milan.
"Donnarumma seorang penjaga gol yang bagus tetapi dia masih muda," kata Milhajlovic.
"Untuk menjadi juara, anda perlu berkembang dalam suasana yang positif yang dapat membantunya.
"Tidak perlu terburu-buru walaupun saya memahami ejennya [Mino Raiola] yang mengaturkan setiap pergerakannya.
"Saya mahu dia kekal di Milan, mempertingkatkan mutu permainannya dan saya berpendapat kelab telah menawarkan sejumlah wang yang besar untuk melanjutkan kontraknya.
"Kini separuh daripada rakyat Itali menentangnya dan ia akan menjadi kesukaran buat dirinya sendiri."
Donnarumma kini telah membuat empat penampilan senior buat skuad Itali dan beraksi hampir 70 kali untuk Milan dalam saingan Serie A.