Pengurus Torino, Sinisa Mihajlovic, sedia menandatangani Mario Balotelli jika pemain bintang, Andrea Belotti, meninggalkan kelab itu seperti yang dijangka.
Balotelli telah dikaitkan dengan beberapa kelab di serata Eropah sesudah mempamerkan persembahan cemerlang bersama Nice apabila mencetak 17 gol dalam semua kejohanan.
Penyerang utama pasukan, Belotti, dilaporkan antara sasaran utama Manchester United selepas dia berjaya menjaringkan 26 gol dalam saingan Serie A.
Jika Belloti mengambil keputusan untuk berhijrah, Mihajlovic sedia untuk menerima Balottelli kembali ke kancah bola sepak Itali.
"Balotelli di Turin? Saya sedia menerimanya," katanya.
"Saya pernah bekerjasama dengannya di Milan. Mengapa tidak di Torino?"
Ketika bersama Milan, Balotelli hanya menjaringkan satu gol dalam 20 saingan liga.