Skip to main content

Bola Sepak

Michu bersara pada usia 31 tahun

26717michu.jpg
Penyerang Real Oviedo, Michu, teleh mengesahkan persaraannya daripada dunia bola sepak selepas menerima penilaian terhadap keadaan buku lali kanannya.

Penyerang berusia 31 tahun itu, yang bergelut untuk pulih daripada kecederaannya sejak lima tahun lalu walaupun telah membuat 27 penampilan buat Oviedo pada musim lalu, terpaksa membuat keputusan untuk meninggalkan arena bola sepak.

Michu mengeluarkan kenyataan dalam laman Twitternya, mengucapkan terima kasih di atas pengalaman selama 14 tahun bergelar pemain bola sepak.

"Menurut laporan perubatan, kondisi buku lali saya memaksa saya untuk bersara daripada bergelar pemain profesional," katanya.

"Saya sangat berbangga kerana dapat memenuhi impian untuk bermain bola sepak dan ia merupakan pengalaman 14 tahun yang sangat bermakna buat diri saya.

Michu memulakan karier sebagai pemain senior di Oviedo pada 2003 dan membuat 100 penampilan sebelum menyertai Celta Vigo. 

Dia kemudian menyertai Rayo Vallecano dan meluangkan tiga musim dalam Liga Perdana Inggeris bersama Swansea sebelum kembali ke Oviedo pada 2016.

Michu merupakan antara bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) yang membida saham di Oviedo ketika kelab menghadapai masalah kewangan serta tersingkir ke divisyen tiga dan kini kembali bangkit untuk bersaing dalam divisyen dua.

"Terima kasih kepada Real Oviedo kerana kelab ini telah banyak mengajar dan memberikan pengalaman dalam membentuk saya.

"Tidak terlupa kepada penyokong-penyokong saya di serata dunia. Tanpa mereka, saya tidak akan meraih kegembiraan sepanjang perjalanan ini."


 

Advertisement

Must Watch Video