Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Meunier buntu cari jalan untuk halang Neymar

neymar2_1.jpg
Thomas Meunier berkata dia bakal menghadapi pemain terbaik ketika Belgium berdepan Neymar dan Brazil dalam aksi suku akhir, dengan mengatakan, "Saya tidak tahu bagaimana untuk menghalang dia."

Meunier tampil beraksi dalam tempoh 90 minit bersama Belgium ketika meraih kemenangan 3-2 ke atas Jepun menerusi jaringan pada masa kecederaan oleh Nacer Chadli bagi menempah tiket ke suku akhir berdepan pasukan Amerika Selatan itu.

Neymar menjaringkan gol pembukaan ketika Brazil meraih kemenangan 2-0 ke atas Mexico dan Meunier mengakui mengekang kemaraan pemain berusia 26 tahun itu adalah satu tugas yang sukar.

"Saya tidak tahu bagaimana untuk menghentikan Neynmar. Dia susah untuk dijangka," katanya.

"Neymar adalah seorang pemain yang berkualiti, antara pemain terbaik dunia.

"Saya akan cuba yang terbaik. Menyedari pasukan kami berpeluang tetapi ia adalah sesuatu yang rumit untuk mengatasi Brazil, bukan sahaja Neymar. Philippe Coutinho, Roberto Firmino, Gabriel Jesus, Marcelo, seluruh pasukan."

Belgium memenangi kesemua perlawanan Piala Dunia mereka setakat ini, dengan menjaringkan 12 gol tetapi Meunier memberikan amaran kepada Belgium yang memerlukan persembahan luar biasa untuk menewaskan Brazil.

"Mereka memiliki banyak kualiti. Kami akan berdepan pasukan terbaik dunia," katanya.

"Saya menjangkakan perlawanan yang sukar, kami bukan pasukan pilihan. Untuk menewaskan Brazil, anda memerlukan prestasi 120 peratus daripada segi mental dan fizikal."

"Ia ibarat aksi final buat kami. Belgium juga memiliki kebolehan untuk menewaskan mereka tetapi ia bukan satu tugas mudah."
 

Advertisement

Must Watch Video