Skip to main content

Bola Sepak

Messi tidak akan tinggalkan Barcelona -- Jorge

no-danger-of-messi-leaving-barcelona-says-father.jpg

Jorge Messi, ayah dan ejen kepada Lionel Messi, menegaskan bahawa anaknya itu tidak akan meninggalkan Barcelona susulan timbul spekulasi mengenai masa depan pemain itu di Camp Nou.

Kontrak bintang Argentina itu akan berakhir hujung musim depan, namun wujud laporan bahawa keenganan kelab itu menawarkan pembaharuan kontrak mencetuskan persoalan sama ada dia akan kekal di Sepanyol atau sebaliknya.

Majalah Coach mendakwa telah menemubual Messi dan pemain itu dilaporkan berkata akan kekal bersama Barcelona selagi kelab itu memerlukan khidmatnya.

Namun, pihak pengurusan pemain itu menafikan bahawa sesi temubual itu berlaku.

Insiden tersebut berlaku seminggu selepas Pere Gratacos disingkirkan daripada jawatannya selaku pengarah institusi perhubungan di Barcelona susulan membuat kenyataan bahawa Messi tidak mampu bermain dengan baik tanpa bantuan beberapa pemain di atas padang.

Meskipun timbul persoalan mengenai masa depan pemain itu hampir setiap hari, namun Jorge Messi menegaskan bahawa pemain itu tidak akan berhijrah.

"Messi tidak akan meninggalkan Barcelona," dia memberitahu Cadena SER.

Messi telah melakar 27 gol dan sembilan bantuan jaringan dalam 24 perlawanan musim ini bersama juara LaLiga musim lalu itu.

Advertisement

Must Watch Video