Skip to main content

Bola Sepak

Messi penghalang Atletico kejar Barcelona -- Simeone

lionel-messi_5.jpg
Diego Simeone kelihatan tidak yakin dengan peluang Atletico Madrid untuk mengejar Barcelona dalam perebutan takhta LaLiga kerana prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh Lionel Messi.

Atleti merapatkan jurang kepada sembilan mata dengan pendahulu liga itu dengan berbaki lapan perlawanan hasil kemenangan 1-0 ke atas Deportivo La Coruna.

Barca pula dilihat hampir tewas 2-0 kepada Sevilla tetapi Messi, yang masuk  sebagai pemain gantian, menyelamatkan pasukan untuk seri 2-2.

Dan Simeone berasakan rakan senegaranya itu adalah kunci di antara kedua-dua pasukan.

"Kami mempunyai aksi yang penting. Kami telah lihat apa yang berlaku kepada Sevilla," kata Simeone.

"Tanpa Messi, Sevilla mungkin sudah menang 2-0. Dengan Messi di atas padang, Barca harus meraih kemenangan 2-0 walaupun keputusan akhirnya adalah 2-2.

"Messi adalah faktor penentu. Kami akan terus memperbaiki persembahan kami sejak musim lalu."

Atleti, yang beraksi tanpa kelibat Antoine Griezmann kerana digantung perlawanan, meraih mata penuh berdepan Deportivo hasil jaringan tunggal Kevin Gameiro.
 

Advertisement

Must Watch Video