Skip to main content

Bola Sepak

Messi lebih liat berbanding Ronaldo -- Silva

6218cristianoronaldolionelmessi.jpg
Thiago Silva percaya lebih sukar untuk bertahan ketika berdepan bintang Barcelona, Lionel Messi, berbanding Cristiano Ronaldo.

Messi dan Ronaldo masing-masing telah memenangi lima Ballon d'Or manakala mereka juga merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman buat kelab masing-masing.

Tetapi Silva, yang bakal berdepan Ronaldo dan penyandang juara Liga Juara-Juara (UCL) itu dalam pusingan kedua, menyifatkan Messi merupakan pemain yang lebih berkualiti.

"Sukar untuk bertahan ketika berdepan Messi berbanding Ronaldo," katanya.

"Ronaldo berhak untuk menang sepanjang kariernya. Tahun ini sukar buat dirinya tetapi ia tidak bermaksud ini adalah pengakhiran. Dia masih mampu memenangi Ballon d'Or.

"Apa yang membezakan Ronaldo dan Messi adalah ketika dia sedang mengawal bola, satu lawan satu, sukar untuk mengekangnya.

"Kedua-dua pemain telah melakukan perkara yang luar biasa," ujarnya.

Pendahulu Ligue 1, PSG, akan berkunjung ke Santiago Bernabeu untuk pertemuan aksi pertama pusingan kedua pada 14 Februari ini.
 

Advertisement

Must Watch Video