Skip to main content

Bola Sepak

Messi individu yang hebat! -- Suarez

messi-cropped_cfd70ivccc0l129ymq4sl3qtu.jpg
"Lionel Messi seorang yang hebat!" demikian luahan rakan sepasukan Barcelona, Denis Suarez, yang memuji pemenang lima kali anugerah Ballon d'Or itu kerana mengekalkan sifat rendah diri di Camp Nou.

Pemain tengah Sepanyol, Suarez, kembali ke Barcelona, Julai tahun lalu, dan beraksi bersama Messi dalam skuad utama kelab itu.

Messi menikmati satu lagi kempen mantap apabila meledak 54 gol dalam semua kejohanan.

Menggambarkan musim pertamanya dalam skuad senior, Suarez diajukan soalan rakan sepasukan manakah yang mengejutkannya, dan pemain berusia 23 tahun itu memberitahu Sport:"Leo (Messi).

"Dari luar, dia nampak seperti seorang pemain yang sukar untuk disapa tetapi dalam bilik persalinan, dia seorang individu yang hebat."

Bercakap tentang trio MSN -- Messi, Luis Suarez dan Neymar -- Suarez berkata:"Mereka menerima saya sejak dari hari pertama dan saya mempunyai hubungan yang baik bersama mereka, terutamaLuis. Saya duduk di sebelahnya ketika dalam bilik persalinan, jadi dia sering memberikan sokongan."

Kempen 2016-17 tidak berjalan dengan baik buat Barcelona selepas menyaksikan seteru utama, Real Madrid, muncul juara LaLiga.

Barca turut kecundang di tangan Juventus dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Bagaimanapun, Suarez -- yang dikaitkan dengan perpindahan ke Napoli -- berharap musim akan datang akan tampil lebih baik buat Barcelona.
 

Advertisement

Must Watch Video