MESIR 1 GHANA 0
Mesir meraih kedudukan pendahulu Kumpulan D, Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) hasil kemenangan 1-0 ke atas Ghana yang mungkin kehilangan penyerang berbisa, Asamoah Gyan, dalam suku akhir.
Kedua-dua pasukan, bagaimanapun, sudahpun layak ke peringkat kalah mati lebih awal.
Gol tunggal perlawanan menerusi sepakan percuma Mohamed Salah pada minit ke-11 di Stade de Port-Gentil, Gabon, sudah memadai buat Mesir untuk menempah pertemuan dengan Maghribi di gelanggang yang sama, hujung minggu ini.
Ghana pula akan berdepan Republik Congo di Oyem.
Bos Ghana, Avram Grant, khuatir dengan situasi Gyan yang berdepan tempoh empat hari untuk pulih selepas diusung keluar pada separuh masa pertama berikutan masalah pangkal paha.
Ghana berusaha untuk mendapatkan jaringan penyamaan yang menyaksikan Daniel Amartey sekadar menanduk liar umpanan sepakan percuma Atsu.
Mesir terus berusaha mengekang asakan skuad Black Stars itu dari segenap penjuru, termasuk rembatan jarak jauh Emmanuel Badu yang ditepis keluar oleh Essam El-Hadary.
El-Hadary sekali lagi memainkan peranan penting di depan gawang apabila menafikan larian Jordan Ayew dalam masa kecederaan untuk keputusan kekal memihak kepada Mesir.
Dalam satu lagi aksi Kumpulan D, Mali yang memerlukan kemenangan terpaksa menelan hakikat pulang awal apabila sekadar seri 1-1 dengan Uganda.