Dries Mertens akan terus menjalani penilaian selepas penjaring terbanyak Napoli itu disahkan mengalami kecederaan buku lali.
Mertens menjaringkan gol pembukaan ketika meraih kemenangan 2-0 ke atas Benevento kelmarin, sekali gus melonjakkan skuad Maurizio Sarri itu kembali ke takhta Serie A.
Tetapi pemain kebangsaan Belgium itu terpaksa digantikan pada separuh masa kedua apabila diasak pertahanan lawan, Berat Djimsiti, yang dilayangkan kad kuning di atas perbuatannya itu.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan semalam, Napoli mengesahkan kecederaan Mertens tidak begitu serius tetapi tidak meletakkan jangka masa untuk dia kembali beraksi.
"Mertens mengalami kecederaan Gred I pada bahagian buku lali kiri," kata kenyataan Napoli. "Tahap kecergasannya akan dinilai dalam sesi latihan esok."
Mertens menjaringkan 14 gol dalam saingan Serie A musim ini dan membantu Napoli mendahului Serie A dengan kelebihan satu mata ke atas penyandang juara, Juventus.
Napoli akan berdepan Lazio dalam aksi liga seterusnya sebelum bertemu RB Leipzig dalam saingan Liga Europa pada 15 Februari.