Skip to main content

Bola Sepak

Mereka ejek dia, ibunya dan mengajuk bunyi monyet

they-insulted-his-mother-and-then-there-were-monkey-noises-cyprien-on-bastia-balotelli-abuse.jpg
Pemain tengah OGC Nice, Wylan Cyprien, menyatakan sokongannya terhadap dakwaan Mario Balotelli yang menjadi mangsa ejekan berbaur perkauman ketika seri 1-1 dengan Bastia dalam saingan Ligue 1, minggu lalu. 

Balotelli beraksi sepanjang 90 minit di Stade Armand-Cesari dan menjadi mangsa kecaman segelintir penyokong yang mengajuk gaya monyet. 

Dia mendakwa pengalaman yang dilaluinya sebagai sangat dahsyat.

Sehubungan itu, Liga Bola Sepak Profesional Perancis (LFP) menyatakan akan menyiasat insiden tersebut. 

Nice memuji pemain-pemainnya dan Balotelli kerana tidak melayani provokasi dari tempat duduk penonton  selepas bas mereka disambut hujan batu ketika tiba. 

Di pihak Bastia, mereka menjelaskan tidak dimaklumkan oleh pengadil, delegasi atau mana-mana kakitangan Nice mengenai insiden seumpama itu. 

Bekas pemain tengah Lille dan Bastia, Julian Palmieri, turut mempersoalkan pandangan bekas penyerang Manchester City itu. 

Presiden Nice, Jean-Pierre Rivere, menjangkakan Bastia akan dikenakan tindakan sambil menyuarakan kebimbangan kecaman ke atas Balotelli semakin menjadi-jadi. 

"Pada awalnya, mereka mengejek dia dan ibunya, kemudian mereka mengajuk bunyi monyet. 

"Saya tidak mahu mengecam penyokong Bastia hanya kerana sikap segelintir penyokongnya.

"Saya tidak mahu terlalu memikirkannya. Ia tidak akan mengganggu saya untuk tidur lena," katanya kepada L'Equipe.



Advertisement

Must Watch Video