Mental pemain tidak kuat ketika mempertahankan gol adalah antara kelemahanan pasukan Kelantan yang gagal memperoleh tiga mata walaupun beraksi di tempat sendiri ketika menentang Terengganu FC (TFCII) dalam aksi Liga Perdana, malam tadi.
Ketua jurulatih Kelantan, Marko Kraljevic, berkata masalah terbabit berlaku berikutan pasukan lawan tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol penyamaan selepas Kelantan mendahului permainan.
"Kami jaringkan gol awal tetapi dalam tempoh tiga minit, lawan boleh menjaringkan gol penyamaan dan ia menunjukkan bahawa mental pemain kami tidak kuat.
"Mereka hilang tumpuan dan tidak mampu bertahan lama dengan asakan pasukan lawan. Mereka fikir dengan satu gol pada minit awal sudah cukup untuk menewaskan lawan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV itu.
Dalam perlawanan tersebut, Kelantan sekadar mampu berpuas hati berkongsi satu mata dengan TFC ll berikutan terikat 1-1.
Gol Kelantan dijaringkan oleh penyerang import, Raul Andres Tarragona, pada minit ke-19 manakala gol TFC II disumbangkan Muhammad Zuasyraf Zulkiefle pada minit ke-22.
Kraljevic berkata kelemahan tersebut turut dihadapi oleh pasukannya dalam perlawanan lalu sehingga menyebabkan pasukan itu tewas dan hanya mampu berkongsi mata selepas mendahului pasukan lawan.
"Ia bukan hanya berlaku malam ini (malam tadi), malah ia turut berlaku ketika kami menentang Sabah dan UKM FC. Kami mampu menjaringkan gol awal, namun selepas itu corak permainan bertukar sehingga pasukan melakukan kesilapan dengan melepaskan gol.
"Perkara ini perlu diatasi oleh pemain kerana ia merugikan pasukan. Ketika mendahului pasukan lawan, mereka gagal mempertahankan gol itu," katanya.
Selepas enam perlawanan, Kelantan kini di kedudukan kesembilan dengan mengumpul enam mata hasil satu kemenangan, tiga seri dan dua kekalahan.
-- BERNAMA