Skip to main content

Bola Sepak

Mendy semakin hampir ke City

benjamin-mendy-140717.jpg
Benjamin Mendy tidak disenaraikan dalam barisan 25 pemain AS Monaco menuju ke Switzerland bagi persiapan musim baru, sekaligus meningkatkan spekulasi bahawa bek kiri Perancis itu akan menyertai Manchester City.

Monaco mengesahkan Mendy masih menjalani rawatan kecederaan paha kanan yang dideritainya semasa memperkuatkan Perancis sungguhpun tawaran City bernilai GBP50 juta (RM278 juta) terhadap juara Ligue 1 itu masih berjalan. 

City dilaporkan hampir memuktamadkan kontrak dengan pemain Tottenham Hotspur, Kyle Walker, dengan yuran serupa susulan kecewa dengan keputusan Dani Alves yang memilih untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG) pada saat-saat akhir berbanding bergabung semula dengan Pep Guardiola di Eastlands. 

Guardiola pernah berurusan dengan Monaco -- yang menyingkirkan City dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim lalu -- dengan menyambar pemain perancang, Bernardo Silva.

Selain itu, pemain tengah, Tiemoue Bakayoko, hampir menyertai Chelsea dengan nilai GBP39.7 juta (RM220 juta). 

Bakayoko yang menjalani pembedahan lutut pada hujung musim lalu dikhabarkan akan tiba di London hari ini untuk melengkapkan perpindahannya. 

 

Advertisement

Must Watch Video