Jurulatih Melaka United, Eduardo Almeida, menganggap kemenangan 3-0 ke atas Negeri Sembilan semalam menjadi pengubat duka selepas tewas kepada Selangor serta menyifatkan anak buahnya telah membuktikan mereka mampu bersaing dalam Liga Super.
Selepas menerima kekalahan besar kepada Selangor 4-1, ramai menjangkakan rombakan besar bakal berlaku dalam skuad kendalian Almeida bagi mengelak kegagalan sama daripada berulang.
Bagaimanapun, Almeida masih menaruh kepercayaan kepada anak buahnya kerana sebahagian besar pemain dalam aksi terdahulu masih dikekalkan sebagai kesebelasan utama dan hanya perubahan kecil dilakukan.
Bezanya penampilan pemain berdarah campuran Malaysia-Inggeris, Nicholas Ryan Swirad, dan R. Gopinanthan, dituntut untuk memperkuatkan barisan tengah skuad Melaka ketika mereka tiada dalam perancangan Almeida dalam aksi di Stadium KLFA, Cheras.
"Kekalahan 4-1 tidak bermakna kami gagal bermain dengan baik. Berdepan Negeri Sembilan, pemain-pemain yakin dengan kualiti permainan yang dimiliki dan berjaya meraih kemenangan," kata Almeida.
Sementara itu, jurulatih Negeri Sembilan, Jorg Steinebrunner, kecewa kerana kejayaan Melaka berpunca daripada kesilapan sendiri hingga mereka terpaksa berputih mata.
"Terdapat beberapa pengajaran yang perlu diambil daripada perlawanan ini. Kami perlu mengelak daripada melakukan kesilapan kerana ia memberikan peluang buat lawan menjaringkan gol," kata Steinebrunner.