Skip to main content

Bola Sepak

Mehmet lega Perak tampil cemerlang

mehmetpcvstgnu.png
Perak terus mempamerkan kualiti permainan menakjubkan apabila membenam Terengganu 3-2 dalam aksi Liga Super di Ipoh, semalam.

Pengendali Perak, Mehmet Durakovic, jelas ceria dengan persembahan yang dipamerkan oleh pemain-pemainnya.
 
"Pasukan bertindak cemerlang dalam aksi malam ini (tadi), terutama dalam babak pertama. Hantaran, pergerakan dan persefahaman antara pemain sungguh menakjubkan.Cuma, peluang terhidang gagal dimanfaatkan dengan lebih berkesan. Jika tidak, tentu jumlah jaringan berbeza," ujarnya.

"Dalam bola sepak, jangan sia-siakan peluang. Lihat permainan (tadi), 10 minit terakhir selepas Terengganu mendapat jaringan melalui sepakan penalti, Perak pula tertekan. Harus diingat Terengganu adalah pasukan yang berkualiti."

Walaupun kemenangan semalam melonjakkan The Bos Gaurus ke tangga kedua liga, namun Durakovic berasa masih awal untuk berasa selesa.

"Masih jauh lagi. Mengekalkan prestasi adalah lebih penting. Kena ingat, Johor Darul Ta'azim (JDT), Pahang, malah Terengganu adalah pasukan yang begitu baik. 

"Namun, sebagai jurulatih, saya gembira di tangga kedua kerana ini ialah hasil kerja keras pemain," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video