Siapakah Alireza Beiranvand? Tembok Besar Iran dengan status dua Guinness World Records.
Alireza Beiranvand antara penjaga gol yang mendapat liputan besar dalam Piala Dunia 2026 selepas melakukan penyelamatan menentang Belgium. Dia mengecewakan The Red Devils dan mengekalkan harapan untuk ke pusingan kalah mati dengan mengekalkan rekod tanpa bolos.
Dia telah membuat 83 penampilan untuk pasukan bola sepak kebangsaan Iran. Bintang setinggi 195 sentimeter (cm) itu turut melakukan penampilan dalam edisi 2018 dan 2022.
Alireza mempamerkan aksi menyelamat penting yang menakjubkan untuk membantu pasukannya meraih keputusan seri 0-0 menentang Belgium dalam Kumpulan G.
Di sebalik kecemerlangannya, kisah Alireza sebagai salah satu cerita paling luar biasa dan wajar mendapat pujian. Dia dibesarkan dalam keluarga nomad Kurdish Lak di Pergunungan Zagros yang jauh daripada pengetahuan bola sepak elit, malah menghabiskan zaman kanak-kanaknya membantu keluarganya sebelum akhirnya mengejar impiannya untuk menjadi pemain profesional.
Bapanya, seorang pengembala, tidak mahu anaknya menceburi bidang bola sepak sambil berkata; "Itu permainan, bukan pekerjaan."
🇮🇷 Alireza Beiranvand, el arquero iranà que hoy fue figura ante Bélgica, tiene una historia increÃble. De familia nómade, su padre, pastor, no querÃa que se dedique al fútbol. "Eso es un juego, no un trabajo". Siendo un adolescente, se tuvo que escapar a Teherán solo. Vivió en… pic.twitter.com/RMCSQ3deIb
— Nahuel Lanzón (@nahuelzn) June 21, 2026
Semasa remaja, dia terpaksa melarikan diri ke Tehran seorang diri dan tinggal di jalanan selama beberapa tahun mencari kelab. Alireza pernah bekerja sebagai tukang cuci kereta, pekerja restoren dan pembantu pembersihan.
Apabila dia mula bermain bola sepak, pada asalnya bermula sebagai penyerang.
Akhirnya, dia berjaya mendapatkan sebuah kelab sederhana di ibu kota untuk memberinya tempat tinggal dan tidur di bilik solat. Sejak itu, pada usia 19 tahun, dia mula bersinar sebagai penjaga gol profesional. Pemain kelab Tractor itu berpindah pasukan sebelum berkelana ke Eropah.
Alireza memegang dua Guinness World Records untuk balingan terjauh yang pernah direkodkan dalam bola sepak semasa perlawanan menentang Korea Selatan pada Oktober 2016 sejauh 200.14 kaki.
Dia juga memegang rekod untuk 'drop kick' terpanjang dalam sejarah bola sepak pada 255.95 kaki.
Pencapaian tersebut telah menjadikannya terkenal di kalangan peminat penjaga gol.