Ecuador gagal memanfaatkan 26 peluang apabila sekadar seri 1-1 berdepan Curacao dalam perlawanan kedua Kumpulan E Piala Dunia 2026 di Stadium Kansas City, sebentar tadi.
Pasukan ranking ke-30 dunia menyerang habis-habisan, namun tidak menemui jaringan susulan kecemerlangan penjaga gol Curacao, Eloy Room, yang mencuri tumpuan peminat selepas menampilkan persembahan memukau.
Dengan keputusan tersebut, ia menjadi sejarah baru buat negara bola sepak terkecil dunia untuk meraih mata pertama dalam kejohanan paling berprestij itu.
Eloy Room mencipta sensasi tersendiri tatkala melakukan 15 penyelamatan penting bagi menghindari sebarang gol dibolosi.
37-year-old Eloy Room makes π ππ ππππ saves to deny Ecuador and earn CuraΓ§ao their first World Cup point π¨πΌ
Only Tim Howard has made more saves in a World Cup game. pic.twitter.com/Vki1b6lWodβ B/R Football (@brfootball) June 21, 2026
Kini, dia merupakan penjaga gol kedua dalam sejarah penganjuran Piala Dunia membuat 'saves' terbanyak dalam satu aksi.
Untuk rekod, Tim Howard dari Amerika Syarikat (AS) membuat 16 penyelamatan pada 2014 menentang Belgium untuk menghuni tempat pertama.