Selepas 92 tahun, Mesir akhirnya meraih kemenangan pertama dalam sejarah penyertaan Piala Dunia apabila menewaskan New Zealand 3-1 dalam perlawanan kedua Kumpulan G sebentar tadi.
Mesir membuat kemunculan pertama dalam kejohanan bola sepak paling berprestij itu pada 1934.
56 tahun kemudian, mereka sekali lagi layak beraksi dalam edisi 1990, namun terlepas enam edisi berikutnya. Negara Piramid Giza itu kembali pada 2018 tetapi masih gagal mencipta kemenangan.
Dengan terlepas slot pada 2022, Mesir yang diketuai bekas bintang Liverpool, Mohamed Salah, mencuri tumpuan edisi terkini (2026) dengan menamatkan penantian panjang untuk mendapatkan tiga mata penuh pertama dalam rekod.
All Whites terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Finn Surman pada minit ke-15 dan kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Skuad kendalian Hossam Hassan terpaksa menunggu pada babak kedua untuk memecahkan kebuntuan tatkala Mostafa Ziko menanduk masuk bola pada minit ke-58 selepas penjaga gol New Zealand, Max Crocombe, gagal menampan kemas bola tersebut.
Egypt beat New Zealand 3-1 and get their first-ever win at the World Cup ⭐ pic.twitter.com/AbY6wNNR6z
— B/R Football (@brfootball) June 22, 2026
The Egyptian King, Salah, tidak melepaskan peluang untuk mencatatkan gol pertamanya dalam sejarah Piala Dunia untuk Mesir mendahului 2-1.
Dan, jaringan kemenangan pada minit ke-82 menghadiahkan kemenangan selesa buat Mesir, sekali gus menjadi sejarah terulung bola sepak negara itu.
Kini, Mesir berada di tempat pertama Kumpulan G dan mencerahkan peluang ke pusingan seterusnya.