Skip to main content

Bola Sepak

McGregor sanjung Putin selepas hadiri perlawanan akhir

mcgregor.jpg
Conor McGregor memuji Presiden Russia, Vladimir Putin, dengan menyifatkannya sebagai "salah seorang pemimpin terbesar ketika ini" selepas bintang UFC itu menjadi tetamu dalam final Piala Dunia 2018, awal pagi tadi. 

McGregor menerima jemputan untuk menonton aksi di Moscow itu oleh Putin yang menyaksikan Perancis merangkul trofi berprestij itu buat kali kedua hasil kemenangan 4-2 ke atas Croatia.

Atlet Republik Ireland berkenaan menggunakan media sosial, Instagram, untuk mengucapkan terima kasih kepada Putin atas undangan ke aksi kemuncak kejohanan di Russia itu. 

"Hari ini, saya dijemput ke final Piala Dunia sebagai tetamu Presiden Russia, Vladimir Putin," tulis McGregor selepas memuat naik foto bersama Putin.

"Beliau adalah salah seorang pemimpin terbesar pada zaman kita dan saya berasakan ini satu adalah penghormatan untuk menghadiri acara meriah itu di sampingnya.

"Hari ini merupakan penghormatan bagi saya, Encik Putin. Terima kasih dan tahniah atas Piala Dunia yang hebat."

Terdahulu, McGregor -- yang dilaporkan hampir kembali ke gelanggang -- menulis: "Menikmati perlawanan akhir Piala Dunia di Russia. Ia suasana yang luar biasa."
 

Advertisement

Must Watch Video