LIGA INGGERIS
Mbappe tidak tahu apa patut dia lakukan -- Silva
Bernardo Silva percaya bekas rakan sepasukan, Kylian Mbappe, belum membuat keputusan mengenai masa depannya di Monaco.
Silva meninggalkan juara Ligue 1 untuk ke Manchester City dalam perjanjian yang dilaporkan bernilai £43 juta (RM237 juta) pada awal minggu lalu.
Ia mungkin menjadi bukti kesibukan Monaco selepas tamat musim ini apabila perlu menangkis sasaran beberapa kelab, ternama ke atas barisan skuad Leonardo Jardim, di mana bintang muda sensasi, Mbappe, menjadi tarikan.
Iklan
Pemain berusia 18 tahun itu menikmati satu musim yang menakjubkan, mendapat panggilan sulung daripada skuad kebangsaan Perancis dan menjaringkan 26 gol dalam semua pertandingan, dengan Monaco juga mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara.
Silva memberitahu bahawa Mbappe mempunyai pilihan yang dicemburui di sebalik spekulasi bahawa Real Madrid akan melancarkan tawaran rekod dunia.
"Secara jujur, saya fikir dia juga tidak tahu sama ada dia patut kekal atau keluar," kata Silva kepada RMC Sport.
"Dia seorang pemain hebat yang mempunyai separuh kedua yang luar biasa musim ini. Saya rasa dia (gembira) di Monaco, tetapi jika dia pergi ke kelab besar untuk bermain, ia juga sangat baik untuk dia.
"Dia sangat muda dan ia akan lebih baik untuk kekal setahun lagi tetapi umurnya adalah luar biasa, jadi anda tidak tahu."
City dikaitkan dengan seorang lagi pemain Monaco, Benjamin Mendy, yang bermain posisi bek kiri -- Silva menyambut baik perpindahan itu.
"Mendy seorang kawan dan jika dia boleh bermain dengan saya, ia lebih baik," katanya.
"Terutama untuk pertahankan kiri dan saya di sebelah kanan atau tengah."
Must-Watch Video