Skip to main content

Bola Sepak

Mbappe terlepas sesi latihan Perancis

kylianmbappe_1.jpg
Penyerang Perancis, Kylian Mbappe, tidak mengambil bahagian dalam sesi latihan menjelang aksi separuh akhir berdepan Belgium, awal pagi Khamis ini.

Pemain Paris Saint-Germain (PSG) itu merupakan antara bintang kejohanan di Russia kali ini, menjaringkan tiga gol, termasuk dua gol ketika menyingkirkan Argentina dalam pusingan 16.

Ketua jurulatih, Didier Deschamps, berharap setiap pemain dapat turun menjalani latihan sebelum berdepan Belgium sementara merehatkan beberapa pemain utama pasukan.

Dalam sesi latihan di Stadium Krestovsky semalam, Benjamin Pavard dan N'Golo Kante berlatih secara berasingan dan dipantau oleh salah seorang staf jurulatih Perancis.

"Tiada pemain yang cedera, cuma kami merehatkan sebilangan sebagai langkah berjaga-jaga," kata Deschamps. 

"Semua pemain bakal menjalani latihan penuh esok."
 

Advertisement

Must Watch Video