Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Mbappe curi tumpuan ketika Messi buat penampilan sulung

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lionel-messi-psg-debut.jpg
Lionel Messi membuat debut bersama Paris Saint-Germain sebagai pemain gantian dalam separuh masa kedua ketika Kylian Mbappe mungkin telah menjaringkan gol terakhir buat kelab dalam kemenangan 2-0 ke atas Reims semalam.

Messi diperkenalkan pada minit ke-66 di Stade Auguste Delaune, sejurus pemain sasaran Real Madrid, Mbappe menggandakan jaringan buat PSG.

Penyerang Perancis itu, membuka jaringan menerusi tandukkan dalam separuh masa pertama, membantu PSG melakar empat kemenangan berturut-turut pada permulaan Ligue 1 buat kali keenam dalam sejarah ketika menyasarkan untuk mempertahankan gelaran.

Mauricio Pochettino menolak godaan untuk memilih Messi turun dalam kesebelasan utama tetapi Mbappe masih lagi sebahagian daripada pemain utama serta Neymar yang turun beraksi buat pertama kali musim ini.
 

 

Advertisement

Must Watch Video