Thomas Vermaelen mengakui Kylian Mbappe adalah halangan utama Belgium untuk tampil dalam aksi final Piala Dunia buat kali pertama.
Mbappe, yang menjaringkan tiga gol buat Perancis di Russia 2018, menjadi perbualan utama dengan dua jaringan untuk mengatasi Argentina dalam pusingan 16.
Vermaelen mengakui Belgium memiliki beberapa pemain terbaik dunia menjelang aksi berdepan Les Bleus di St Petersburg, awal pagi Rabu ini, tetapi berasakan Mbappe adalah pemain utama mereka.
"Bagi saya, Mbappe adalah pemain terbaik Perancis," kata Vermaelen. "Dia sangat pantas dan mampu mengubah keputusan perlawanan.
"Tetapi mereka masih lagi mempunyai pemain-pemain seperti Ousmane Dembele, Olivier Giroud atau N'Golo Kante yang turut memiliki kualiti tersendiri.
"Perancis adalah sebuah pasukan yang lengkap tetapi bagi saya, Mbappe adalah yang terbaik."