Lothar Matthaus mempertahankan tindakan Bayern Munich berbelanja besar menjelang musim depan dan beranggapan ia mampu mengelakkan gergasi Bundesliga itu daripada ketinggalan dengan pasukan elit Eropah yang lain.
Bayern awal pagi tadi mengumumkan kemasukan Lucas Hernandez daripada Atletico Madrid dengan yuran perpindahan €80 juta (RM366.4 juta) menjelang hujung musim ini.
Mereka juga dilaporkan telah membelanjakan sebanyak €35 juta (RM160.6 juta) untuk mendatangkan pertahanan Stuttgart, Benjamin Pavard, bagi musim depan.
The Bavarian memenangi enam kejuaraan Bundesliga secara berturut-turut, namun mereka menghadapi saingan sengit daripada Borussia Dortmund musim ini.
Skuad kendalian Niko Kovac itu turut tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah selepas tewas kepada Liverpool dalam pusingan 16.
Bayern diaibkan The Reds dengan kekalahan 1-3 di laman sendiri dan legenda kelab itu, Matthaus, dapat melihat dengan jelas jurang ketara di antara kedua-dua pasukan tersebut.
Bagaimanapun, dia berasakan tindakan Bayern mengambil dua pertahanan skuad juara dunia Perancis itu sebagai langkah yang tepat.
"Saya percaya ia adalah tepat untuk melakukan pelaburan terhadap pemain yang mampu mengubah nasib pasukan.
"Bayern sebelum ini gagal mendapatkan pemain berkualiti dalam jendela perpindahan terdahulu.
"Mereka sudah menyedari perkara itu selepas ditewaskan Liverpool.
"Saya berasakan ia tindakan tepat apabila mereka kini sudah mula berbelanja untuk mendapat pemain baru yang berkualiti untuk bersaing dengan kelab-kelab besar Inggeris, Sepanyol dan Itali," katanya.
Di sebalik prestasi kurang meyakinkan sepanjang musim ini, Matthaus masih percaya Bayern -- yang di puncak Bundesliga dengan hanya perbezaan jaringan -- akan menghalang Dortmund daripada merebut kejuaraan.
"Dortmund perlu menggantikan Bayern yang meraih enam kejuaraan berturut-turut.
"Namun, saya lebih percayakan Bayern kerana mereka lebih berpengalaman dalam menangani situasi seperti itu.
"Tekanan untuk merebut kejuaraan sangat hebat dan pengalaman untuk menghadapinya lebih memihak Bayern.
"Dengan pengalaman itu, Bayern akan meraih kejuaraan ketujuh berturut-turut mereka," tambahnya.