Real Madrid tidak berminat dengan bintang Bayern Munich, Robert Lewandowski, kata Lothar Matthaus.
Lewandowski, 29, telah dikaitkan dengan gergasi LaLiga itu selepas empat musim prolifik di Bayern, termasuk menjaringkan 39 gol dalam semua pertandingan dalam kempen ini.
Komitmen latihan pemain antarabangsa Poland itu baru-baru ini dipersoalkan, namun jurulatih, Jupp Heynckes, menolak laporan berkenaan.
Legenda Bayern dan Jerman, Matthaus, menyatakan kepercayaan bahawa Madrid tidak memburu Lewandowski.
"Menurut maklumat yang saya terima, Real Madrid tidak berminat dengan Lewandowski," katanya kepada Sky.
Sungguhpun mengharungi kempen yang hebat, Lewandowski hanya menyumbat lima gol dalam 10 perlawanan Liga Juara-Juara.
Justeru, Matthaus menyeru penyerang itu untuk mula memainkan peranan besar dalam perlawanan penting, dengan Bayern akan berkunjung ke Madrid bagi perlawanan kedua Liga Juara-Juara, pertengahan minggu depan.
"Say dengar dia bersikap acuh tidak acuh dalam sesi latihan, pendekatan itu mungkin menjadi perbezaan dalam perlawanan penting," katanya.
"Ia adalah pelaburan kecil demi menyempurnakan permainannya. Dia harus memberi tumpuan kepada apa yang penting dan bukannya mengenai perubahan pendapatnya yang berterusan," ujarnya.