Skip to main content

Bola Sepak

Matthaus: Lewandowski adalah Messi Bayern

robertlewandowski-cropped_11fsup4h8fwe412kixokpv75a5.jpg
Legenda Bayern Munich, Lothar Matthaus, membandingkan Robert Lewandowski dengan bintang Barcelona, Lionel Messi, apabila dia memuji penyerang itu sebagai "luar biasa".

Lewandowski -- yang dikaitkan dengan perpindahan ke juara Sepanyol dan Eropah, Real Madrid -- telah menjaringkan 20 gol untuk Bayern dalam Bundesliga musim ini.

Pemain berusia 29 tahun itu menjaringkan lebih 100 gol sejak tiba dari Borussia Dortmund pada 2014 dan membantu Bayern meraih tiga gelaran Bundesliga.

Bekas kapten Bayern, Matthaus, memuji kepentingan Lewandowski di Allianz Arena, dengan menyamakan pemain antarabangsa Poland itu dengan pemenang lima kali Ballon d'Or, Messi.

"'Lewandowski membuat perbezaan, dia tidak boleh diganti," kata Matthaus melalui laman web rasmi Bundesliga.

"Dia adalah individu penting di Munich seperti Messi di Barcelona. Namun, ketika Messi mendapat kecederaan, imej permainan skuad Catalan itu berubah sepenuhnya. Bayern tidak memiliki masalah ini.

"Lewandowski adalah pemain utama tapi pasukan tidak dibentuk untuknya seperti perlawanan Real Madrid di bawah (Cristiano) Ronaldo atau taktik PSG di bawah Neymar."

"Lewandowski benar-benar pemain luar biasa," tambah Matthaus.

"Lewandowski tidak mempunyai pemain gantian yang menjamin kualiti yang sama. Pemain Poland itu kini pemain nombor sembilan terbaik dunia. Bayern tidak akan jumpa pemain lain sepertinya."

Advertisement

Must Watch Video