Pemenang Piala Dunia, Lothar Matthaus, yakin England akan layak ke final dengan mengganggap Gareth Southgate memiliki skuad yang berkualiti.
Legenda berusia 57 tahun itu -- mengetuai Jerman menjulang Piala Dunia di Itali pada 1990 -- berasakan England akan menang aksi suku akhir berdepan Sweden serta mampu mengatasi Croatia atau Russia dalam perlawanan separuh akhir untuk mara ke final di Moscow pada 15 Julai ini.
Matthaus bersama Jerman berdepan England di Turin dalam perlawanan separuh akhir 28 tahun lalu, yang menyaksikan skuad bimbingan Bobby Robson itu tewas menerusi penentuan sepakan penalti.
Sejak itu, tiada pasukan Three Lions yang mara ke separuh akhir tetapi Matthaus yakin dengan peluang yang dimiliki oleh anak buah Southgate itu.
"Saya menjangkakan Brazil akan bertemu England dalam final kerana Perancsi dan Belgium berada dalam kelompok yang sama dengan Brazil dan mereka perlu bersaing ke final," katanya.
"England memiliki skuad yang masih muda dan memiliki nafas baru dalam permainan mereka, kepantasan pemain dan mereka mempunyai Harry Kane. Kepercayaan terhadap kebolehan yang dimiliki pemain-pemain ini adalah kunci kejayaan mereka.
"Pemain-pemain ini juga bertuah kerana dapat menggabungkan segala ilmu yang diraih oleh pengendali-pengendali yang terbaik dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL)," ujarnya.