Skip to main content

Bola Sepak

Matic terdesak mahu ke Old Trafford

mourinho-matic-310717.jpg
Nemanja Matic kian terdesak untuk meninggalkan Chelsea dan berhijrah ke Manchester United, namun pengendali The Red Devils, Jose Mourinho, menolak untuk mengesahkan laporan itu.

Matic dilaporkan telah menyelesaikan ujian kesihatan semalam selepas gambar pemain Serbia itu bersama jersi latihan United tersebar luas dalam media sosial.

Bagaimanapun, Mourinho yang mendapatkan Matic pada tahun 2014 semasa mengendalikan Chelsea, tidak mahu berbicara secara terperinci walaupun sedar pemain berusia 28 tahun itu mahu bergabung semula dengannya di Old Trafford.

“Saya menunggu berita itu,” kata Mourinho.

“Saya tahu dia amat mahukannya dan jika seorang pemain benar-benar mahu berhijrah, peluang untuk ia berlaku semakin tinggi.

“Kami berpeluang untuk mendapatkannya tetapi di dalam bola sepak, saya sudah melihat banyak perkara berlaku sebelum ia diselesaikan secara rasmi. Saya tidak mahu berkata apa-apa kepada anda buat masa sekarang,” tambahnya.

Gambar Matic bersama jersi latihan Manchester United menjadi tular sejak semalam dan tertera nombor 31 di jersi tersebut, nombor yang digunakan Bastian Schweinsteiger sebelum ini, namun Mourinho tidak tahu mengenai sebarang ujian kesihatan yang dilakukan kerana kini berada di Norway.

“Saya tidak tahu kerana saya kini bukan berada di Manchester.

“Nombor 31 kini tiada pemilik. Sebelum ini digunakan Schweinsteiger tetapi kini tiada sesiapa menggunakannya dan ada juga beberapa nombor yang masih boleh dimiliki,” katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video