Skip to main content

Bola Sepak

Masih terlalu awal ulas peluang Liverpool menang EPL, kata Klopp

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

klopp.jpg
CRYSTAL PALACE 1 LIVERPOOL 3

Jurgen Klopp berkata jurang mata di antara Liverpool dan Manchester City masih terlalu jauh untuk dia bercakap mengenai perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Ia selepas pasukannya menewaskan Crystal Palace 3-1 di Selhurst Park malam tadi.

Virgil van Dijk dan Alex Oxlade-Chamberlain meletakkan The Reds selesa di depan dalam babak pertama tetapi Odsonne Erouards merapatkan jurang buat Palace dalam babak berikutnya.

Fabinho kemudian memastikan tiga mata buat pasukannya selepas menyempurnakan sepakan penalti susulan insiden Vicente Guita mengasari Diogo Jota walaupun Klopp perlu berterima kasih kepada penjaga golnya, Alisson.

Penjaga gol Brazil itu melakukan empat aksi menyelamat dalam memastikan Liverpool meraih kemenangan ke-10 berturut-turut ke atas Palace dalam EPL.

Ia menyaksikan Liverpool kini hanya ketinggalan sembilan mata di belakang City dan berkelebihan satu perlawanan dalam tangan tetapi pengurusnya, Klopp, masih belum mahu bercakap mengenai peluang pasukannya merampas gelaran EPL musim ini.



Ditanya BBC mengenai peluang Liverpool memenangi gelaran liga, Klopp berkata: "Tidak, jurangnya masih terlalu jauh untuk bercakap mengenai perkara itu tetapi kami tidak perlu melakukannya.

"Kami hanya perlu memenangi perlawanan bola sepak.

"Setiap perlawanan EPL sukar, seperti yang kita dapat lihat hari ini.

"Kami menjadikannya lebih kelihatan menarik daripada apa yang diperlukan!

"Kita akan lihat apa yang akan berlaku dalam beberapa bulan terakhir nanti," katanya.

 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 16 of 38
Selasa, 16 Dis
04:00 AM
Manchester United-team-logo Manchester United
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC

Must Watch Video