Skip to main content

Bola Sepak

Masih ada ruang untuk diperbaiki -- Kim Swee

football-association-of-malaysia-(official)-140717.jpg
Ketua jurulatih skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee, enggan terbuai dengan kemenangan 2-0 ke atas skuad B-22 Myanmar dalam aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, malam tadi.

"Keputusan yang dicapai adalah bagus. 

"Sudah tentu saya masih tidak berpuas hati dengan persembahan kami kerana pada separuh masa kedua, kami tidak dapat mempamerkan rentak seperti yang dihajati (kerana faktor hujan). 

"Masih ada yang perlu diperbaiki sebelum kami berlepas ke Thailand," katanya menjelang kempen pusingan akhir kelayakan Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 Tahun 2018 
dari 19 hingga 23 Julai ini. 

Malaysia diundi dalam Kumpulan H bersama tuan rumah, Thailand, Indonesia dan Mongolia.

Dalam perlawanan malam tadi, Kim Swee menerapkan pendekatan formasi 3-4-3 dengan meletakkan Adam Nor Azlin yang digandingkan dengan ketua pasukan, Adib Zainudin serta Irfan Zakaria. 

Pendekatan itu berhasil apabila skuad B-22 negara mencetak gol pertama pada minit ke-26 menerusi tandukan N. Thanabalan sebelum menggandakan kedudukan pada minit ke-83, hasil penyudah Danial Ashraf Abdullah. 

Rakan sejawatan Kim Swee di Myanmar, Gerd Ziese, turut mengatakan faktor cuaca dan keadaan padang menafikan anak buahnya untuk memperagakan aksi sebenar. 

Kredit foto: Football Association of Malaysia (Official)


 

Advertisement

Must Watch Video