Saban tahun, fenomena pemain bola sepak tidak dibayar gaji dan masalah kewangan persatuan bola sepak berulang, seterusnya memalukan arena sukan, khususnya bagi bola sepak, di persada antarabangsa.
Ia jelas bukan sahaja senario yang dibenci kesemua pemain, jurulatih, penyokong, peminat luar, malah pasukan-pasukan bertanding, kerana ia memberi gambaran buruk terhadap imej liga selain merencatkan perjalanannya jika saingan telah pun bermula.
Amat mendukacitakan apabila penceritaan di atas mencerminkan ‘ekosistem’ kancah liga nombor satu negara, Liga Malaysia (Liga-M), yang meskipun berstatus profesional sejak lebih 20 tahun lepas, namun setiap musim peminat disajikan dengan masalah kewangan pasukan bertanding.
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, berkata setiap pasukan harus mengamalkan budaya ‘mengukur baju di badan sendiri’ dalam hal ehwal kewanga,n terutama apabila melibatkan urusan pembelian pemain selain penetapan jumlah gaji pemain.
“Faktor kewangan adalah kriteria utama buat pasukan yang bersaing dalam Liga-M. Bila pengurusan bijak dalam menguruskan kewangan, perkara sebegini (isu kewangan dan tunggakan gaji) tidak akan timbul dan lebih penting, masa depan pemain dan pegawai terbela," katanya.
Bekas pemain kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, mencadangkan pasukan mengalihkan tumpuan terhadap kumpulan pemain pelapis untuk mengurangkan beban pembayaran gaji.
Selain penawaran gaji lebih rendah dan kelebihan prestasi dimiliki pemain muda masa kini, Akmal Rizal, 37, berkata langkah itu juga dapat membuka peluang pasukan menjana kewangan dalam jendela perpindahan sekiranya pemain itu berjaya menarik minat pasukan lain.
"Kalau diikutkan, nak bentuk sebuah pasukan mantap memang perlu kewangan yang kukuh tetapi jika tiada, janganlah berbelanja melebihi kemampuan. Kalau rasa tidak mampu beli pemain bintang dan bayar gaji tinggi, gunakan khidmat pemain muda yang berpotensi besar untuk menyerlah.
"Walaupun langkah itu mungkin menjejaskan prestasi pasukan dalam tempoh dua hingga tiga tahun pertama, apabila pemain sudah matang hasilnya akan dapat dilihat dan pasukan juga boleh menjana pendapatan tambahan menerusi penjualan pemain," jelas pemain berkenaan yang membantu Kelantan menjulang Piala Malaysia pada 2010.
Legenda bola sepak negara era 80-an, Datuk Hassan Sani, pula berkata untuk mengatasi masalah ini daripada berlaku saban musim, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebagai badan pengelola Liga-M perlu bertindak tegas.
“Bertegas dan memberi hukuman itu tindakan yang betul kerana ia boleh jadi satu pengajaran berguna untuk semua supaya tidak mengulangi kesilapan sama, namun dalam ketegasan tidak salah bertolak-ansur.
“MFL sudah melakukan yang terbaik untuk semua pasukan, termasuk memberi tempoh untuk selesaikan masalah itu. Cuma, pasukan haruslah hargai usaha itu dan bukannya mengambil kesempatan,” jelas Hassan yang membantu Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka 1979 dan 1986.
Saingan Liga-M beberapa tahun kebelakangan ini sering menyaksikan segelintir pasukan bertanding mengalami masalah berkaitan dana, sekali gus bergelut untuk menyiapkan pasukan terbaik bagi menghadapi saingan liga.
Betapa tidak isu ini memalukan negara kerana hampir semua pasukan yang bertanding menggunakan khidmat pemain import dan reputasi bola sepak Malaysia akan menerima kesan buruk selain pemain import mungkin memilih untuk tidak datang ke negara ini bermain sekiranya isu itu terus berulang.
Meskipun pelbagai tindakan dan nasihat diberikan, masih terdapat pasukan yang berdepan masalah tersebut dan ia dibuktikan apabila baru-baru ini MFL mendedahkan serta mengarahkan tujuh pasukan bermasalah daripada segi tunggakan gaji pemain supaya mengemukakan status kewangan pasukan.
Sehubungan dengan itu, Yusoff yang juga Ahli Lembaga Pengarah MFL, berharap isu kewangan dihadapi pasukan dapat diatasi secara menyeluruh apabila peraturan kawalan ekonomi seperti dipraktikkan oleh LaLiga mula dilaksanakan dalam saingan Liga-M musim depan.
"Sesetengah pasukan buat bajet berdasarkan perjanjian secara lisan dengan penaja...tiada hitam putih. Apabila penaja lari, habislah mereka (pasukan). Jadi dengan peraturan kawalan ekonomi ini, MFL akan menilai secara terperinci segala dokumen kewangan sebelum menentukan had perbelanjaan sesebuah pasukan itu.
"Kita tidak mahu perkara ini berulang lagi setiap musim kerana ia akan merosakkan liga dan mungkin menjejaskan daya tarikan Liga-M dan secara tidak langsung mengakibatkan pemain-pemain import hilang keyakinan terhadap pasukan tempatan,” katanya.
Dalam pada itu, Akmal Rizal berkata jika Liga-M terus didatangi pasukan bermasalah daripada segi kewangan, ia akan memburukkan imej FAM dan MFL yang kini berusaha keras dalam mengembalikan kegemilangan arena bola sepak negara.
"Nama Liga-M gah di rantau Asia Tenggara kerana kemampuan sesetengah pasukan membayar gaji tinggi kepada pemain tetapi pada masa yang sama, ada pula dua atau tiga pasukan terpaksa digugurkan daripada liga akibat masalah kewangan. Ia ternyata memburukkan imej bola sepak negara," katanya.
-- BERNAMA