Ketua jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, mahu pengalaman tiga perlawanan awal dijadikan medan pembelajaran terbaik untuk pentas seterusnya menentang Kuala Lumpur (KL) dalam saingan Liga Super di Stadium Negeri Batu Kawan, Ahad ini.
"Sebelum ini, kami telah bertemu dua pasukan pilihan, Johor Darul Ta'zim dan Kedah. Kedua-duanya kami tewas dan kehilangan mata. Dikaji, PKNP mampu bersaing tetapi perlu fokus dalam setiap minit selagi perlawanan belum tamat," katanya.
Bercakap mengenai prestasi pasukannya, Abu Bakar masih lagi mencari ramuan sesuai dalam memantapkan pasukan.
"Setakat ini, kekuatan menyerang tidak seimbang dengan kekuatan bertahan. Pemain import masih lagi mencari rentak. Oleh itu, saya kena fokus di kawasan lemah dan berharap dengan kembalinya ketua pasukan, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi, barisan penyudah dapat dipertajamkan."
Ditanya mengenai pasukan lawan, Abu Bakar sedar reputasi terkini Kuala Lumpur yang semakin digeruni.
"Mencabar. KL dibarisi pemain berkualiti dan berpengalaman dalam Liga Super. Walaupun baru naik pangkat ke Liga Super sama juga seperti PKNP, saya lihat jurang KL dengan pasukan elit tidak banyak bezanya.
"Mereka (KL) berjuang untuk itu. Namun, sebagai pasukan bukan pilihan, kami akan cuba memberi saingan terbaik," ujarnya.