Skip to main content

Bola Sepak

Masa kecederaan rentap Melaka United

melaka-vs-perak.jpg

The Bos Gaurus mengutip tiga mata apabila menewaskan Melaka United (MU) 3-2 dalam aksi Liga Super tanpa kehadiran penonton gara-gara hukuman Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Ipoh malam tadi.

Bagaimanapun, pengendali Perak, Karl-Heinz Weigang, kecewa dengan persembahan anak buahnya, ditambah lagi dengan mutu pengadilan semalam.

"Anda lihat perlawanan tadi.  Ini bukan mutu bola sepak. Apa yang dipamerkan sebentar tadi sungguh mengecewakan.

"Saya sentuh juga mutu pengadilan. Pengadil perlu tegas dari awal agar dapat mengawal tindakan daripada kedua-dua pasukan," kata jurulatih berbangsa Jerman itu.

Turut kecewa dengan mutu pengadilan ialah ketua jurulatih Melaka United, Eric Williams.

Tanpa berselindung, Williams mempersoalkan: "Ini kualiti pengadilan? Kebanyakan keputusan di atas padang amat mengecewakan. Melaka bermain baik tapi ditewaskan oleh keputusan pengadil, yang pada saya, tidak tepat."

Perak mendahului pada minit ke-30 melalui tandukan Thiago Junio De Aquino sebelum Jeon Woo Young menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke 44.

Sekali lagi Perak berada di depan apabila Yashir Pinto menolak bola masuk ke gawang melalui hantaran leret Shahrul Mohd Saad, namun disamakan semula oleh pemain gantian, Izzat  Faris Ramlan.

Seperti perlawanan bakal tamat dengan keputusan seri, Perak mengecewakan MU apabila menyumbat gol kemenangan pada masa kecederaan.

 

Advertisement

Must Watch Video