Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Martinez nafi Sepanyol tawar jawatan

martinez.jpg
Roberto Martinez mendedahkan bahawa dia tidak pernah dihubungi oleh Persekutuan Bolasepak Sepanyol (RFEF) sebelum pelantikan Luis Enrique sebagai ketua jurulatih.

Jurulatih kelahiran Sepanyol, Martinez, membimbing Belgium meraih tempat ketiga dalam Piala Dunia Russia, lalu dikaitkan dengan tugas Sepanyol bagi menggantikan Fernando Hierro yang menggalas peranan sementara susulan pemecatan Julen Lopetegui, yang menyaksikan juara 2010 itu terkandas dalam pusingan kedua.

Bekas pengendali Barcelona, Enrique, kemudian dilantik, lalu Martinez menegaskan dia tidak pernah mendengar sebarang minat daripada RFEF.

"Tiada siapa daripada RFEF yang menghubungi saya, sama sekali tiada," kata jurulatih Belgium itu kepada Cadena SER.

Martinez menandatangani kontrak dua tahun bersama Red Devils sebelum kempen Piala Dunia dan dia menambah: "Selepas Piala Dunia, saya akan mempunyai tempoh bertenang."

Tempat ketiga yang diraih Belgium merupakan pencapaian terbaik mereka dalam sejarah penyertaan Piala Dunia selepas anak buah Martinez itu memenangi enam daripada tujuh perlawanan di Russia.
 

Advertisement

Must Watch Video